Friday, June 17, 2011

SKEMANYA AKU


Sekadar ingin tahu, apakah filem terbaik yang pernah anda  tonton? Sudahkah anda menonton filem bergenre aksi, “Merantau Warrior”, sebuah filem aksi dari seberang yang menceritakan perjalanan seorang anak muda Minang yang merantau ke Jakarta, yang juga seorang pesilat.

Bagi saya, itu merupakan salah satu filem aksi yang terbaik yang pernah saya tonton setakat ini.

Filem tersebut diarahkan oleh seorang pengarah berbangsa asing, G.H .Evans tetapi diproduki di Indonesia

Saya sudah menonton filem tersebut kira2 setahun yang lalu

Malangnya, belum ada filem dengan kualiti sebegitu yang muncul dari kalangan pengarah/pelakon di negara ini.

Baru2 ini, saya berkempatan menonton filem hasil garapan KRU studios, “Hikayat Merong Mahawangsa” (HMM)

Saya tidaklah menonton filem terbabit secara keseluruhan, sekadar melangkau-langkau dari babak ke babak  yang saya rasakan menarik

Dari awal lagi saya sebenarnya kurang berminat untuk menonton filem tersebut disebabkan sikap saya yang agak skeptikal terhadap filem2 yang dihasilkan oleh seniman tempatan kebelakangan ini walaupun filem HMM merupakan antara filem pelopor yang menggunakan teknologi computer-generated image (CGI) untuk hampir setiap babaknya

Ia bolehlah dianggap canggih dan hebat untuk sebuah filem yang dihasilkan oleh anak tempatan.

Filem HMM tersebut ada kelainan berbanding kebanyakan filem yang ada sekarang yang kebanyakannya menonjolkan genre seram komedi di mana pada pandangan beberapa pihak, filem2 sebeginilah (genre seram komedi) yang mempunyai tarikan yang kuat bagi penonton untuk datang menyaksikan filem2 terbabit di pawagam sehingga dapat menghasilkan kutipan mencecah jutaan ringgit.

Namun, beberapa hari yang lalu saya mengunjungi sebuah laman sesawang, amazon.com untuk melihat rating serta kritikan yang diberikan para pelayar laman berkenaan yang saya yakin telah pun menyaksikan filem HMM

Filem “Merantau Warrior” juga saya jadikan sebagai perbandingan yang saya kira relevan disebabkan kedua2 filem berkenaan termasuk dalam genre aksi

Ternyata dari segi kritikan serta rating (yang diwakili jumlah bintang;jumlah bintang penuh adalah 5), ternyata filem “Merantau Warrior” jauh meninggalkan filem HMM di mana filem “Merantau Warrior” secara keseluruhannya mendapat 4/5 bintang disertai kritikan2 yang rata2nya bersifat pujian/positif

Manakala filem HMM yang disifatkan sangat “gah” di negara ini disebabkan penonjolan CGI-nya ternyata hanya mendapat 1.5/5 bintang disertai kritikan2 yang hampir kesemuanya bersifat negatif

Di mana kesemua pemberi komen/pengkritik terdiri dari mereka yang tinggal di luar Malaysia atau dengan kata lain, masyarakat luar negara

Terus terang, saya sebenarnya tidak terlalu sedih dan terkejut apabila mengetahui “kejayaan” filem HMM di bandingkan filem kejayaan “Merantau Warrior”

Hakikatnya, pada pandangan saya sendiri, filem “Merantau Warrior” jauh lebih baik dari segi semua aspek (cerita, sinematografi, koreografi..dll)

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan filem “Merantau Warrior” bukan tandingan untuk HMM

Bagi saya, kebanyakan penonton di luar negara adalah lebih bijak serta kritikal dalam melakukan penilaian/kritik terhadap sesuatu, dalam hal ini berkaitan dengan kualiti sebuah filem

Saya ada mendengar bahawa saudara Yusri KRU yang merupakan pengarah filem HMM akan berusaha untuk membawa filem tersebut ke anugerah Oscar/Academy untuk dipertandingkan dalam kategori filem asing terbaik

Namun, melihat “kejayaan” filem tersebut seperti yang saya tulis di atas tadi, mungkin sebaiknya beliau membekukan sahaja niat tersebut

Sebaiknya apa yang perlu beliau (atau pengarah2 lain) lakukan adalah berusaha untuk menghasilkan filem2 yang lebih berkualiti yang mampu bersaing di pentas antarabangsa

Bukan hanya sekadar menjadi filem yang berjaya memecahkan rekod kutipan panggung tempatan  dengan jutaan ringgit tapi rendah mutu seninya

Bukan sekadar menghasilkan filem yang boleh saya sifatkan sebagai syok sendiri serta hanya menjadi jaguh di kampung

Pada masa yang sama, timbul pertanyaan, apakah benar penonton kita pada hari ini sudah semakin bijak seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak (saya sering dengar ayat ini keluar dari mulut artis2 kita)?

Saya sendiri tidak berapa pasti…
Dan bilakah kali terakhir saya menonton sebuah filem tempatan yang sungguh memberi inspirasi?(ala2 Shawshank Redemption)

Bila?..bila?...rasanya tak pernah ada sekalipun!

Sedihnya!

=(






#   saya hanya seorang pemuda yang bukan terlibat dalam dunia seni tanah air, sekadar mengambil tahu serta melontarkan pandangan mengenai apa yang berlaku di dalamnya berdasarkan ilmu yang tidak seberapa

# filem “Berandal” pun belum tengok lagi…=(




STATUS BODOH



Status yang aku maksudkan di atas bukan status peribadi seperti masih bujang or sudah kahwin/janda/duda seperti yang kita selalu fikir

Tapi yang aku maksudkan adalah;

Status2  yang ditulis oleh orang awam dalam mana2 jaringan sosial di alam maya, termasuklah facebook, friendster, myspace (aku belum pernah ada akaun or lihat akaun myspace), twitter (ni pun belum ada), yahoo messenger (YM) dan lain2

Dalam bab ni aku lebih suka bercakap mengenai status yang selalu ditulis di wall facebook oleh orang awam, dalam bab ni, status facebook aku dan kawan2 aku

Baru2 ni, aku ada pergi ke CC untuk online

Banyak website yang aku akan selalu masuk tiap kali online, cthnya; goal.com, mistisfiles.blogspot.com, militaryofmalaysia.net, keretamayat.blogspot.com dan banyak lagi dan sudah pasti tak dilupakan; FACEBOOK!

Itu perkara wajib yang akan aku lakukan hampir tiap kali aku online (sejak aku ada akaun facebook tu!..;-p)

Cuma baru2 ni, bila aku masuk facebook dan aku perhatikan balik status2 yang pernah aku tulis dulu dan sekarang, banyak benar yang aku rasa x penting untuk di”paparkan” kat wall facebook aku tu

Malah, kadang2 rasa malu jugak sebab kadang2 terselit jugak aib2 tentang diri sendiri or orang lain yang sama ada secara sedar mahupun x sedar or tersurat mahupun tersirat, aku tulis sendiri kat wall facebook aku tu 

Rasa macam bodoh kat diri sendiri!....:-(


………………………………………………………………………………………………………………


Bila kita kecewa atau marah atau senang kata mood tengah x baik, kita selalunya akan tulis status yang berbau negatif

Sama jugaklah bila kita dalam mood yang gembira, kita cenderung tulis status yang berbau positif

Dan mungkin bagi kita rasanya tindakan tersebut dapat membuatkan kita berasa seolah2  sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban (terutamanya berkaitan perkara2 negatif) yang tersimpan dalam benak kepala kita setelah kita melepaskannya melalui penulisan dalam status di wall facebook kita tu

Cuma kadang2, dalam tindakan kita tu, kita bertindak (menulis or melepaskannya) secara berlebihan

Syok sendiri!

Kita boleh “post”kan apa2 saja kat wall facebook kita

X salah pun….

Tapi kan,

Jika status yang kita tulis tu disampaikan secara berlebihan, rasanya itu tindakan yang kurang bijak

Yang kadang2 aku rasa boleh menunjukkan kematangan diri kita berada di tahap mana

Mungkin bagi setiap orang punya pandangan yang agak subjektif tentang perkara kematangan ni

Dalam hal status facebook ni, mungkin garis sempadan antara matang or x matang adalah sangat halus  sehingga agak sukar untuk dinilai (subjektif bagi setiap individu)

Tapi bagi aku, orang yang matang or orang yang cerdik ni salah satu sifat yang aku nampak adalah mereka akan menyampaikan sesuatu jika menurut mereka perkara itu MEMANG PENTING/SANGAT PENTING  untuk disampaikan, 

Dan,

Jika perlu disampaikan pun,  mereka akan MENYAMPAIKAN SECARA RINGKAS yang mampu atau dengan kata lain, secara SEDERHANA

Malah, mungkin lebih baik  jika TAK PERLU DISAMPAIKAN LANGSUNG (via status facebook tersebut)

Sebab x semua orang perlu tahu tentang perkara tersebut (untuk sesetengah perkara)

Atau dengan kata lain, mereka x perlu melakukan hal yang sia2 @ bodoh…

Atau, (berapa banyak atau laa..??)

Mereka sama sekali x perlukan akaun facebook tersebut 

Wajib ke kena ada facebook??

Haram ke kalau x ada akaun facebook?

Haha…

Sepengetahuan aku yang jahil ni, hukum mempunyai akaun facebook x wajib dan x haram pun

Cuma bagaimana kita menggunakannya akan menentukan sama ada pahala atau dosa yang akan kita dapatkan..;-)

Kadang2, kita terlalu berlebihan dalam menceritakan nikmat yang kita dapat sehingga menimbulkan rasa cemburu di kalangan kawan2 kita kerana mereka x dapat berkongsi kenikmatan tersebut dengan kita

Kadang2 jugak, kita terlalu berlebihan dalam menceritakan malapetaka atau duka atau masalah yang kita hadapi dengan cara yang berlebihan di mana kadang2 kita melakukan tindakan tersebut semata2 untuk meraih simpati dengan harapan akan ada beberapa kawan kita menghulurkan bantuan atau ingin mendengarkan lebih lanjut tentang kisah sedih/masalah kita tu

Malah kadang2 jugak, kita suka meletakkan status yang menceritakan perbuatan buruk orang lain terhadap diri kita sehingga membuka aib/malu orang tersebut  

Ditambah jika kita menceritakannya secara berlebih2an

Apatah lagi jika kita menggunakan kata2 yang kurang elok atau lebih buruk lagi, kata2 kesat dalam menceritakan aib seseorang tu

SESUNGGUHNYA TINDAKAN2 TERSEBUT SANGATLAH TIDAK BAIK…TIDAK BIJAK..dan TIDAK MATANG!

Tambah dosa saja!

Jadi, bersikap sederhanalah dan tulislah apa yang kita rasakan (sangat) penting untuk disampaikan ke orang lain mahupun buat diri sendiri  dalam wall facebook kita tu

Lebih baik lagi, status2  yang disampaikan tu dapat memberikan kesan positif/kesedaran  terhadap orang lain (kata2 hikmah, motivasi…dll)

(^_^)


……………………………………………………………………………………………………………………………………………………



# lalu aku pun membuang semua status yang aku tulis dalam facebook aku tu (lama dan baru) sehingga yang ada hanyalah status2 orang lain yang disampaikan ke dalam wall facebook aku (contohnya ucapan selamat hari jadi..;-p) serta notifications yang aku anggap x penting pun untuk aku padam (sebenarnya malas nak padam, banyak sangat,..hehe..;-p)

# aku dah berjanji dengan dengan diri aku sendiri, aku akan seboleh2nya tidak akan mem”post”kan status2 bodoh atau status sia2 lagi pasni….kalau boleh, lebih baik xyah post apa2..;-)

# kalau nak post status jugak, “post”kan kat wall orang lain…..hehehe…;-p

# aku juga ada membuang beberapa orang rakan dari facebook  sebab bermasalah dengan status facebook mereka….;-)

Sunday, June 12, 2011

SMS BODOH


Sms bodoh

Pernah x dengar istilah “sms bodoh” atau “sms sia2”?

Actually aku sendri pun belum pernah dengar istilah tu…

Istilah tu aku reka sendiri…;-p (kalau dah ada sebelum ni, aku minta maaf)

Istilah tu terhasil daripada pemerhatian serta pengalaman aku sendiri yang ada hp dan sering ber-sms-an dengan orang lain terutamanya kawan2 dan ada di antara sms aku tu rasanya sms yang x penting sangat pun malah sangat tidak diperlukan…

Aku tidak merujuk sms kawan2 aku @ orang lain kepada aku tetapi merujuk sms yang aku sendiri hantar kepada mereka yang boleh aku definisikan sebagai “sms sia2” or “sms bodoh”

Rasa2nya dan seingat aku belum ada lagi sms-sms yang boleh aku katakan sia2 yang dihantar oleh orang lain terutamanya kawan2 aku kepada aku sejak aku pulang dari Indonesia ni

“Sms sia2” boleh menyebabkan seseorang yang menerima sms tersebut merasa….well, apa yang aku boleh katakan kadang2 menyebabkan sakit hati or mau naik meradang/menyampah  bila sms tersebut dihantar ke kita lebih2 lagi pada waktu yang tidak kena/tepat…cthnya; ketika sibuk dengan kerja/tugasan, ada pulak sms yang masuk ke hp kita di mana setelah kita berusaha dan cuba untuk meluangkan waktu untuk melihat sms tersebut tetapi malangnya pada akhirnya kita mendapati sms tersebut sangat sia2…buang kredit jer kalau nak balas balik

Tak ada yang penting pun…

Buang masa…

Buang tenaga…

Buang kredit jer…

Dalam hati kita pun kadang2 mengata….(contoh2):

 “…sepatutnya hang dah tau waktu ni aku tengah kerja kalut kerja, banyak benda nak kena urus….yang hang pi hantaq sms macam ni buat apa?..buang masa aku ja nak reply sms hang ni..”…

“..aahh, malas aku nak layan..”

Actually, itulah yang aku fikirkan yang mungkin tengah difikirkan kawan2 aku setiap kali aku merasa aku menghantar sms yang aku anggap sia2 atau bodoh kepada mereka

Fikiran aku tentang sms2 aku yang dihantar kepada mereka aku akan anggap bodoh atau sia2 jika sms2 yang aku kirim tu setelah beberapa lama tidak berbalas

So, istilah “sms bodoh” atau “sms sia2” ni muncul beberapa lama setelah sms2 aku tidak dibalas oleh mereka
Waktu awal2 aku hantar sms tu, niat aku hanyalah untuk suka2 atau untuk mengisi kebosanan yang melanda diri sendiri, tak kisah la di pagi hari,tengah hari, petang atau malam…

Tapi setelah beberapa lama sms2 aku yang dihantar tu x berbalas, akumula terfikir apakah relevannya untuk aku mengirim sms tadi ke kawan aku, contohnya si A tadi? Rasa macam x penting pun…malah mungkin mengganggu kerja dia tengah buat waktu tu rasanya..

Lalu di situ aku mula timbul rasa bersalah dalam diri sendiri…rasa menyesal

Oklah, pas ni aku dah x nak hantar sms2 sia2 atau sms bodoh lagi…

Lagipun dengan tekad aku tu, boleh la save sikit kredit hp dan boleh guna untuk sms2 yang urgent ja

………………………

……………….

……………

……….


tapi tekad aku tu selalunya jarang bertahan lama…sebab x berapa lama kemudian aku selalu jugak “ter”kirim sms2 bodoh or sia2 ke kawan2 aku…=(

Ok, aku janji pas ni aku dah x mau kirim sms bodoh lagi dah….insyaAllah

Lebih2 lagi aku dah tulis artikel “sms bodoh” ni untuk blog aku..:-)…dan untuk aku jugak..hehe..;-p

Harap2 pasni dah xde lagi “sms bodoh “or “sms sia2” dari aku kepada kawan2 aku

I’m sorry buddy….i  promise I won’t do it again!

insyaAllah…




 # sms bodoh atau sia2 rasanya tidak berlaku untuk pasangan yang sedang berkasih @ ber”kapel” atau untuk pasangan suami isteri, kerana selalunya benda2 macam ni boleh mengeratkan hubungan serta kemesraan malah menunjukkan betapa seseorang itu kiranya selalu ambil berat terhadap si buah hatinya..,lebih2 lagi untuk pasangan yang sedang ber”kapel”
“…x lengkap rasanya hariku tanpa ada sms dariku untukmu, sayang…”..=p



p/s: aku sedang tidak berkapel apatah sedang berumahtangga….hanya cakap melalui pengalaman…hehe…