Monday, July 11, 2011

Sindrom ‘boncengan gratis’ dalam dunia akademik



Oleh PROF. DR. MUHAMMAD SYUKRI SALLEH

# SEMPENA MAJLIS KONGRES PROFESOR NEGARA 2011, 6-8 JULAI 2011

Pada 6-8 Julai ini, Majlis Profesor Negara buat kali pertamanya akan mengadakan kongres bagi membincangkan kaedah mentransformasikan negara. Jika kesemua profesor di Malaysia hadir, jumlahnya adalah sekitar 1,600 orang.  
 
                Sebagai intelegensia akademia yang pastinya mempunyai pemikiran yang besar-besar dalam bidang masing-masing, profesor-profesor tersebut dijangka akan membincangkan isu-isu menarik dengan analisis mendalam.

                Kalaulah di celah-celah pemikiran besar dan analisis yang mendalam itu dapat diselitkan perbincangan tentang masalah dalaman dunia akademik mereka sendiri dan kemudiannya sampai kepada cara penyelesaiannya, tentulah lebih baik lagi. 

                Salah satu masalah yang jelas semakin berleluasa dalam dunia akademik di Malaysia sekarang tetapi tidak begitu menarik perhatian sebahagian besar orang akademik ialah masalah yang saya panggil boncengan gratis (free-riderism).

                Boncengan di sini bermaksud menumpang, manakala gratis bermaksud percuma. Boncengan gratis oleh itu bermaksud menumpang dengan percuma. Secara lebih khusus, ia bermaksud menumpangkan nama dalam sesuatu hasil kerja akademik, terutamanya dalam penyelidikan dan penerbitan tanpa ‘membayarnya’ dengan apa-apa sumbangan yang sewajarnya.

                Misalnya seseorang akademik meletakkan namanya dalam satu hasil dokumentasi penyelidikan, atau dalam satu penulisan, atau dalam satu penerbitan, walau pun sebenarnya beliau tidak menyumbang apa-apa.

                Kalau pun mereka dikatakan menyumbang, sumbangannya itu hanyalah dalam bentuk routine performance, umpamanya dengan hanya sedikit sebanyak mengumpul data, atau hanya dengan memberi idea, atau hanya menyunting , atau hanya dengan menguruskan pentadbiran, atau hanya dengan menguruskan hal-ehwal yang tidak melibatkan penulisan. 

                Ringkasnya, mereka hanya menyumbang secara pasif dalam bentuk yang sememangnya telah menjadi tugas asas mereka, tetapi mereka tidak menyumbang dalam bentuk penulisan dokumentasi atau penerbitan tersebut.

                Sumbangan sedemikian tidak cukup untuk melayakkan seseorang akademik meletakkan namanya dalam sesebuah hasil dokumentasi atau penerbitan akademik. Konvesion kepengarangan menetapkan sekurang-kurangnya tujuh syarat bagi melayakkan seseorang itu meletakkan namanya dalam hasil dokumentasi atau penerbitan akademik tersebut.

                Pertama, kesemua mereka perlu terlibat secara aktif dalam menjana keaslian idea penulisan tersebut. Kedua, mereka perlu terlibat secara aktif dalam membina reka bentuk penulisannya.

                Ketiga, mereka perlu bertanggungjawab dalam pengamatan dan pengumpulan data. Keempat, mereka perlu memainkan peranan kepimpinan mengikut kapasiti masing-masing dalam pelaksanaan kajian yang dijadikan asas penulisan tersebut.

                Kelima, mereka perlu terlibat sepenuhnya dalam proses menulis dengan bukan sahaja menulis draf manuskrip tetapi juga mengulang kaji dan menyemak manuskrip tersebut.    
                Keenam, mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas manuskrip akhir. Dan ketujuh, mereka perlu mampu mempertahankan penerbitan tersebut mengikut disiplin profesional masing-masing.

                Ketujuh-tujuh syarat ini walau bagaimanapun tidak semua dipenuhi oleh kesemua ahli akademik masa kini. Cuba lihat contoh-contoh yang benar-benar terjadi.

                Pertama, seorang pelajar PhD mengadu kepada saya bahawa penyelia bersamanya tiba-tiba meminta beliau memasukkan nama penyelia bersama tersebut dalam kertas kerja yang akan dibentangkannya di satu persidangan di Langkawi.

                Pelajar tersebut terkejut besar kerana penyelia bersama itu sedikit pun tidak mengetahui sebelumnya tentang kertas kerja tersebut, apatah lagi menyumbang apa-apa, sedangkan penyelia utamanya walaupun banyak member idea dan membimbingnya, tidak pernah pula meminta beliau melakukan demikian.

                Apabila hal ini disuarakan, penyelia bersama itu member jawapan yang sangat mudah. Katanya, penyelia utamanya sudah menjadi profesor, sedangkan beliau sedang berusaha mengumpul poin unutk memohon jawatan profesor. 

                Kedua, seorang yang berhasrat menjadi profesor menceritakan kepada saya bahawa beliau sedang merancang untuk memohon jawatan profesor apabila pelajar-pelajar siswazahnya menghasilkan beberapa penulisan lagi. Dengan gembira beliau menyatakan bahawa terdapat pelajarnya yang berkebolehan dan prolifik dalam penulisan.

                Dalam jangka masa terdekat, beliau yakin beliau sudah cukup bahan tulisannya untuk memohon jawatan profesor tersebut. Saya kehairanan kenapa pelajarnya yang berkebolehan dan prolifik, tetapi tanpa segan silu beliau pula yang merasakan layak memohon jawatan profesor.

                Jawapannya senang. Dalam penulisan pelajar-pelajarnya itu, beliau akan menaruhkan namanya sekali dan mendapat kredit sewajarnya.

                Ketiga, seorang teman mengadu kepada saya bahawa kawannya yang sama-sama membuat penyelidikan dan kemudian sama-sama menulis sebuah artikel akademik, tiba-tiba meletakkan nama suaminya sebagai salah seorang daripada penulis artikel tersebut. Bial ditanya kenapa, kawan itu berterus terang mengatakan untuk menolong suaminya agar sama-sama mengumpul kelayakan untuk kenaikan pangkat.

                Teman saya itu akhirnya member dua pilihan, sama ada tidak memasukkan nama suaminya, atau memasukkan nama suaminya tetapi membuang namanya. Saya kurang pasti pilihan mana yang dipilih. Yang jelas kemudiannya, hubungan peribadi antara mereka sudah terjejas.
                Keempat, seorang pensyarah muda yang baru menyelesaikan PhD bertanya kepada saya dalam satu bengkel penulisan, apakah betul bahawa hak cipta tesisnya adalah hak cipta penyelianya. Pensyarah muda tersebut menceritakan bahawa penyelianyalah yang mengatakan demikian. Penyelia tersebut memberi peringatan agar mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu apabila mahu menulis berkaitan tesis tersebut. Kemudian, dalam apa jua penulisan yang dihasilkan pensyarah muda ini, nama penyelia tersebut mestilah dicatatkan.  

                Kelima, para pensyarah sebuah universiti yang agak baru, dalam satu wacana penulisan menyifatkan saya sebagai mempunyai pendirian yang berbeza kerana tidak bersetuju dengan boncengan gratis, sedangkan ramai ahli akademik yang datang ke universiti tersebut menasihatkan mereka menggunakan bahan dan penulisan pelajar sebaik mungkin untuk meletakkan nama mereka bersama. 

                Mereka cukup gusar dengan pendirian saya, sehingga memohon pendapat sama ada berdosa atau tidak jika melakukan sebagaimana saranan ahli-ahli akademik lain itu.

                Salah seorang daripada mereka cukup sayang dan terhutang budi kepada bekas penyelia PhDnya, hingga beliau merasakan dalam apa jua tulisannya, beliau harus meletakkan nama penyelianya bersama, walau pun tidak semestinya diketahui oleh penyelia tersebut.

                Keenam, pernah dalam satu persidangan antarabangsa yang kami anjurkan tahun lepas, seorang pensyarah agak gelabah kerana teman-temannya tidak datang sedangkan nama mereka tercatat sebagai ahli kumpulan yang menulis kertas kerja bersamanya.

                Kumpulan dengan ahli-ahlinya yang sama ini telah cuba membentangkan tiga kertas kerja, dengan hanya menukarkan nama penulis pertama sahaja. 

                Pensyarah tersebut gelabah kerana beliau hanya mengetahui tentang kertas kerja yang beliau menjadi penulis pertama sahaja, sedangkan kertas kerja kedua dan ketiga tidak begitu diketahuinya walau pun namanya diletakkan sebagai penulis dalam kedua-dua kertas kerja tersebut.

                Puncanya kerana yang benar-benar menulis kertas kerja tersebut ialah penulis pertamanya sahaja, sedangkan ahli-ahli yang lain hanyalah menumpangkan namanya, hanya kerana mereka adalah ahli-ahli kumpulan penyelidikan yang sama.  

                Contoh-contoh boncengan gratis ini merupakan refleksi akan betapa sudah mula tidak beretikanya sesetengah orang akademik di Malaysia sekarang. Masalah etika sedemikian juga berlaku dalam persidangan-persidangan.

                Misalnya, dalam satu persidangan di Australia beberapa tahun yang lepas, ada seorang pensyarah Malaysia yang membentangkan kertas kerja pada hari pertama, manakala penulis bersamanya belum tiba lagi dari Malaysia. Namun begitu, walaupun penulis bersama ini tiba keesokannya, beliau tidak hadir ke persidangan tersebut.

                Sepanjang persidangan itu berlangsung hingga ke hari akhirnya, beliau sememangnya tidak hadir langsung. Saya mendapat tahu dari teman-temannya bahawa ketika persidangan berehat selama satu hari, beliau bersama teman-temannya berjalan-jalan melihat Australia.

                Beginilah antara senario integriti sesetengah orang akademik di Malaysia sekarang. Sebahagiannya tidak mustahil telah pun menjadi profesor. Bolehkah mereka mentransformasikan negara?


⇒ penulis ialah Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia, 4 Julai 2011, halaman 11.

trivia:
Kenapa tidak ada “agama islam” dalam mana2 14 kluster majlis profesor negara (MPN) seperti yang tertera dalam artikel yang dimuatkan dalam Utusan Malaysia keluaran 4 Julai 2011 di halaman 7? Apakah “agama islam” sudah dimasukkan ke dalam salah satu kluster di antara kluster2 tersebut tapi tidak menjadi isu utama dalam kluster berkenaan?
Timbalan Pengerusi MPN, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin atau Setiausaha MPN, Prof. Dr. Raduan Che Rose atau Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh mungkin boleh menjawab soalan tersebut. 
               

Bunuh Diri, Mengapa Terjadi ?



Salah satu belas kasih Allah SWt terhadap orang-orang shalih yakni Allah SWT memberikan kepada mereka dua kebahagiaan; kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan perlu kita ketahui bahwa rasa bosan hidup yang Allah berikan kepada orang yang banyak melakukan maksiat, atau mencari kebahagiaan bukan dengan cara yang Dia ridhai, akan menjadikan sempit kehidupan dunia mereka sehingga mereka merasa terus tertekan. Maka orang yang demikian ini meskipun berada dalam kehidupan yang glamour dan penuh gemerlap, namun senantiasa merasa tersiksa hidupnya. Mengapa demikian?

Mengapa mereka yang banyak menikmati musik, mengunjungi tempat-tempat hiburan [baca maksiat], meminum khamer, melihat yang haram dan lain sebagainya, hanya menikmati itu dalam sesaat lalu setelah itu berubah menjadi kesempitan, kegalauan dan kesedihan?

Jawabannya yakni karena Allah SWT menciptakan manusia untuk satu tugas, yang tidak akan mungkin kehidupan menjadi lurus jika dia melupakan tugas itu dan sibuk dengan selainnya. Tugas itu tidak lain adalah beribadah, sebagaimana firman-Nya, artinya;

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku  [QS. adz-Dzariyat:56]

Jika seseorang menggunakan jasad dan ruhnya untuk sesuatu yang bertetangan dengan tujuan dari penciptaannya maka kehidupan akan menjadi berantakan. Sebagai contoh, ketika seseorang sedang berjalan kaki, lalu sandalnya tiba-tiba putus, kemudian dia mengatakan, ” Tidak apa-apa saya menggunakan peci saya untuk alas kaki”. Lalu dia berjalan dengan alas peci tersebut. Maka orang yang melihatnya tentu akan mengatakan sebagai orang gila, karena peci adalah untuk tutup kepala bukan untuk alas kaki. Demikian pula ketika seseorang ingin menulis tidak menggunakan pena, namun menggunakan sepatu misalnya, maka jelas tidak akan dapat menulis dengannya.

Demikian pula manusia, dia diciptakan untuk beribadah dan melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Maka barang siapa yang menggunakan hidupnya bukan untuk fungsi itu dia akan celaka dan sengsara. Jika Anda memperhatikan kondisi suatu masyarakat atau bangsa yang kehidupannya bukan untuk beribadah kepada Allah SWT, maka akan Anda dapati mereka dalam keadaan rusak. Sehingga tidaklah mengherankan jika terlontar pertanyaan, “Mengapa tingkat kasus bunuh diri di negara yang menggunakan sistem kebebasan sangat tinggi?  Mengapa di Amerika terjadi lebih dari dua puluh lima ribu kasus bunuh diri setiap tahunnya?  Demikian pula kasus yangterjadi di Inggris, Perancis, Swedia dan lain-lain. Mengapa mereka bunuh diri?  Apakah mereka tidak mendapati khamer secara bebas untuk diminum?  Tidak, bahkan khamer dan minuman sejenis amatlah banyak disembarang tempat. Apakah tidak ada negeri-negeri tempat melancong? Bahkan amat banyak negeri-negeri yang luas tempat mereka bersenang-senang. Lalu apakah mereka tidak diberi kebebasan untuk ini dan itu, apakah mereka dilarang berzina ? Apakah tidak ada sarana hiburan, tempat-tempat permainan dan sejenisnya

Tidak sama sekali! Bahkan mereka melakukan apa saja yang mereka inginkan. Hidup dengan berbagai kesenangan dunia dan kehidupan seksual bebas, dan hal itu selalu ada di depan mata mereka. Jika demikian,mengapa mereka bunuh diri, mengapa mereka bosan hidup, mengapa mereka memilih mati dan meninggalkan khamer, zina dan segala permainan hidup?

Jawabannya sangatlah sederhana, yaitu sebagaimana difirmankan Allah SWT, artinya;

“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta” . [QS.20:124]

Mereka selalu mendapatkan kesempitan hidup saat kedatangan dan kepergian mereka, dalam safar dan mukimnya mereka, ketika makan dan minum, tatkala berdiri dan duduk, selalu menyertai dalam tidur dan bangunnya dan dalam seluruh kehidupan mereka hingga mati.

Barangsiapa yang berpaling dari Allah SWT dan peringatanNya, maka Allah akan memasukkan rasa ketakutan dan kesedihan di dalam hatinya. Dia berfirman, artinya;

“Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut,disebabkan mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialahneraka; dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang zalim “ .[QS. 3:151]

Sedangkan orang yang mengenal Rabbnya, selalu menghadap kepadaNya dengan sepenuh hati maka mereka mendapatkan kebahagiaan. Allah SWT  berfirman, artinya;
“Barangsiapa yang mengerjakan amal shalih, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. [QS. 16:97]

Seorang Syaikh mengisahkan, “Aku pernah pergi berobat ke Inggris, dan aku masuk ke salah satu rumah sakit ternama yang ada di sana. Pasien yang masuk ke rumah sakit ini adalah orang-orang besar, pejabat tinggi dan para menteri. Ketika seorang dokter masuk ke ruanganku dan melihat penampilanku, dia berkata,  

“Anda seorang muslim?” 

Aku menjawab,
” Ya!” 

Dia lalu berkata,
“Ada satu problem yang membuatku bingung setelah aku mengenal diriku, apakah mungkin Anda mendengarkan apa yang saya alami?” 

Aku jawab,
” Tentu!”

Dia lalu memulai ceritanya, 

“Aku memiliki harta yang melimpah, pekerjaan yang sangat mapan, ijazah yang tinggi, dan aku telah mencoba seluruh kesenangan hidup, aku meminum berbagai jenis minuman keras, melakukan perzinaan dan seks bebas, pergi melancong ke negara ini dan itu. Akan tetapi mengapa aku selalu merasakan kesempitan hidup dan bosan dengan berbagai kesenangan itu. Aku telah berkali-kali mendatangi psikolog dan bahkan beberapa kali aku ingin mencoba bunuh diri, barangkali dengan itu aku mendapatkan kehidupan lain yang disana tidak ada lagi kejenuhan dan kesempitan. Apakah Anda tidak merasakan kejenuhan dan kesempitan di dalam hidup ini?”

 Aku katakan kepadanya,
“Tidak, bahkan aku terus merasakan kebahagiaan, dan aku akan tunjukkan kepada Anda jalan keluar dari masalah yang sedang anda hadapi, tetapi tolong jawab dulu pertanyaan saya!”

 “Jika Anda ingin memuaskan mata Anda, maka apa yang Anda lakukan?” 

Dia menjawab,
“Aku melihat wanita cantik dan pemandangan yang indah.”
 Aku bertanya lagi, 

“Jika Anda ingin memuaskan telinga, Anda maka apa yang Anda lakukan?”
 Dia berkata, 

“Aku mendengarkan musik yang merdu.”
Aku bertanya lagi, 

“Jika yang ingin Anda puaskan adalah penciuman hidung maka apa yang Anda lakukan?”
Dia lalu menjawab, 

“Aku mencium parfum atau pergi ke taman” [untuk mencium bunga].

Aku lalu berkata kepadanya,
“Baiklah, sekarang saya bertanya, ketika Anda ingin memuaskan mata, mengapa Anda tidak mendengarkan musik saja?” 

Maka dia pun terheran-heran dan berkata,
“Tidak mungkin, karena musik adalah khusus untuk dinikmati telinga.” 

Lalu aku bertanya lagi,
 “Dan ketika Anda ingin memuaskan penciuman hidung mengapa Anda tidak melihat pemadangan yang indah?” 

Dia semakin heran dengan pertanyaanku,lalu berkata,
“Tidak mungkin karena melihat pemandangan adalah untuk memuaskan mata.”

Aku pun berkata,
“Baik, kini aku telah sampai kepada apa yang aku inginkan dari diri anda. Apakah Anda merasakan jenuh di mata anda?” 

Dia menjawab,
“Tidak!” 

“Lalu apakah Anda merasakannya di telinga anda, di hidung, mulut dan kemaluan Anda?” 

Dia menjawab,
“ Tidak, tetapi aku merasakan itu di dalam hatiku, di dalam dadaku.” 

Aku berkata,
“Anda merasakan kesempitan itu di dalam hati anda, padahal hati juga membutuhkan kepuasan tersendiri yang tidak akan mungkin dipenuhi dengan cara memuaskan anggota badan selainnya. Maka Anda harus mengetahui apa saja yang dapat memberikan kepuasan hati [batin]. Karena dengan mendengarkan musik, meminum khamer, memandang dan berzina yang Anda lakukan itu tidak akan mungkin dapat memuaskan hati anda.”

Orang tersebut keheranan lalu berkata,
“Anda benar, lalu bagaimanakah cara untuk memuaskan hatiku?” 

Aku katakan,
“Dengan bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang hak selain Allah dan bahwa Muhammad SAW  adalah utusan Allah, dan anda bersujud di hadapan Allah yang menciptakan, Anda mengadukan segenap kesedihan hanya kepada Allah SWT. Dan dengan itu Anda akan merasakan kehidupan yang lapang, penuh ketenangan dan kebahagiaan.” 

Dia lalu mengangguk-anggukkan kepalanya seraya berkata,
“Berikan kepadaku buku tentang Islam dan berdoalah untukku, aku akan masuk Islam,” tambahnya.

Maka aku pun menyelesaikan pengobatanku di sana, lalu setelah itu pulang kembali ke negeriku. Dan aku berharap orang itu benar-benar masuk Islam setelah itu.”

 Benarlah firman Allah SWT,artinya,
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Rabbmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit [yang berada] dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah, dengan karunia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira.Karunia dan rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan” . [QS. Yunus :57-58]

Di edit semula dari rujukan asal: http://www.asofwah.or.id Bunuh Diri, Mengapa Terjadi ?