Wednesday, April 14, 2010

adakah redha Allah hang dapat...?

aku   : hang tau li,aku kat sini kadang2 sakit beberapa hari tak masuk, orang fikir aku mau mengundurkan diri   dari medik. diorang dah rasa curiga dan pandang negatif terhadapa aku. aku dulu memang ada masalah disiplin, tapi sekarang aku try ubah persepsi orang2 di sekitar aku. tapi bila aku hidup dalam kondisi macam tu, aku jadi betul2 tetekan.  lemah semangat. aku tak tau berapa lama aku mampu bertahan. tiap kali aku sakit sampai tak dapat datang kerja, aku betul2 kecewa berat. aku penat li. jiwa dan raga aku dah cukup lelah.

li     :  bakri, tak dak kerja kat dunia ni yang kita takkan susah pada awalnya. .masa aku kat penang, training ngan biotech corp, ada trainer cerita macam mana bos dia, ernie chan, bangun semula selepas kena tipu dengan kawan baik sendiri dalam bisnes..pelan2 dia bina kerjaya sampai sekarang dah jadi jutawan sebelum 35 tahun..hang jangan fikir cabaran yang sekarang ni..hang kena pandang ke depan..betapa 5 tahun dari sekarang cabaran yang sekarang ni kecik ja pun..motivate diri hang..hang dah 3 per 4 complete nak jadi doktor..

aku : aku tak tau nak motivate diri aku macam mana..sebab tu aku try tackle ****** tapi  gagal. kawan2 aku ada beberapa orang dulu prestasi akademik tak berapa elok, tapi sejak couple, makin bagus dan kerja kat hospital pun makin baik dan konsisten. aku ada ramai kawan, tapi ntah la aku selalu rasa aku sendirian..sepi dan kosong..

li   : bakri, jangan terperangkap dengan permainan iblis..ada awek, even akademik makin baik, adakah redha Allah dapat? jadikan ibu dan ayah hang kat  sini sebagai motivasi..mereka lebih layak berbanding mana2 perempuan kat dunia ni....

aku : .........................................................


(via sms)

2 comments:

  1. ya,redhaNya..berkatNya..rmai sering lupa ttg itu..

    dan bsyukurlah kamu, masih punyai sahabat yg benar2 sahabat!

    ReplyDelete
  2. terima kasih fazali, kerana telah menyedarkan...aku rasa itulah jawapan yang aku nanti2kan dan aku cari2 selama ini...mudah2an hang termasuk orang2 yang beruntung di dunia dan sejahtera di akhirat...aminn

    ReplyDelete