Sekadar ingin tahu, apakah filem terbaik yang pernah anda tonton? Sudahkah anda menonton filem bergenre aksi, “Merantau Warrior”, sebuah filem aksi dari seberang yang menceritakan perjalanan seorang anak muda Minang yang merantau ke Jakarta, yang juga seorang pesilat.
Bagi saya, itu merupakan salah satu filem aksi yang terbaik yang pernah saya tonton setakat ini.
Filem tersebut diarahkan oleh seorang pengarah berbangsa asing, G.H .Evans tetapi diproduki di Indonesia
Saya sudah menonton filem tersebut kira2 setahun yang lalu
Malangnya, belum ada filem dengan kualiti sebegitu yang muncul dari kalangan pengarah/pelakon di negara ini.
Baru2 ini, saya berkempatan menonton filem hasil garapan KRU studios, “Hikayat Merong Mahawangsa” (HMM)
Saya tidaklah menonton filem terbabit secara keseluruhan, sekadar melangkau-langkau dari babak ke babak yang saya rasakan menarik
Dari awal lagi saya sebenarnya kurang berminat untuk menonton filem tersebut disebabkan sikap saya yang agak skeptikal terhadap filem2 yang dihasilkan oleh seniman tempatan kebelakangan ini walaupun filem HMM merupakan antara filem pelopor yang menggunakan teknologi computer-generated image (CGI) untuk hampir setiap babaknya
Ia bolehlah dianggap canggih dan hebat untuk sebuah filem yang dihasilkan oleh anak tempatan.
Filem HMM tersebut ada kelainan berbanding kebanyakan filem yang ada sekarang yang kebanyakannya menonjolkan genre seram komedi di mana pada pandangan beberapa pihak, filem2 sebeginilah (genre seram komedi) yang mempunyai tarikan yang kuat bagi penonton untuk datang menyaksikan filem2 terbabit di pawagam sehingga dapat menghasilkan kutipan mencecah jutaan ringgit.
Namun, beberapa hari yang lalu saya mengunjungi sebuah laman sesawang, amazon.com untuk melihat rating serta kritikan yang diberikan para pelayar laman berkenaan yang saya yakin telah pun menyaksikan filem HMM
Filem “Merantau Warrior” juga saya jadikan sebagai perbandingan yang saya kira relevan disebabkan kedua2 filem berkenaan termasuk dalam genre aksi
Ternyata dari segi kritikan serta rating (yang diwakili jumlah bintang;jumlah bintang penuh adalah 5), ternyata filem “Merantau Warrior” jauh meninggalkan filem HMM di mana filem “Merantau Warrior” secara keseluruhannya mendapat 4/5 bintang disertai kritikan2 yang rata2nya bersifat pujian/positif
Manakala filem HMM yang disifatkan sangat “gah” di negara ini disebabkan penonjolan CGI-nya ternyata hanya mendapat 1.5/5 bintang disertai kritikan2 yang hampir kesemuanya bersifat negatif
Di mana kesemua pemberi komen/pengkritik terdiri dari mereka yang tinggal di luar Malaysia atau dengan kata lain, masyarakat luar negara
Terus terang, saya sebenarnya tidak terlalu sedih dan terkejut apabila mengetahui “kejayaan” filem HMM di bandingkan filem kejayaan “Merantau Warrior”
Hakikatnya, pada pandangan saya sendiri, filem “Merantau Warrior” jauh lebih baik dari segi semua aspek (cerita, sinematografi, koreografi..dll)
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan filem “Merantau Warrior” bukan tandingan untuk HMM
Bagi saya, kebanyakan penonton di luar negara adalah lebih bijak serta kritikal dalam melakukan penilaian/kritik terhadap sesuatu, dalam hal ini berkaitan dengan kualiti sebuah filem
Saya ada mendengar bahawa saudara Yusri KRU yang merupakan pengarah filem HMM akan berusaha untuk membawa filem tersebut ke anugerah Oscar/Academy untuk dipertandingkan dalam kategori filem asing terbaik
Namun, melihat “kejayaan” filem tersebut seperti yang saya tulis di atas tadi, mungkin sebaiknya beliau membekukan sahaja niat tersebut
Sebaiknya apa yang perlu beliau (atau pengarah2 lain) lakukan adalah berusaha untuk menghasilkan filem2 yang lebih berkualiti yang mampu bersaing di pentas antarabangsa
Bukan hanya sekadar menjadi filem yang berjaya memecahkan rekod kutipan panggung tempatan dengan jutaan ringgit tapi rendah mutu seninya
Bukan sekadar menghasilkan filem yang boleh saya sifatkan sebagai syok sendiri serta hanya menjadi jaguh di kampung
Pada masa yang sama, timbul pertanyaan, apakah benar penonton kita pada hari ini sudah semakin bijak seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak (saya sering dengar ayat ini keluar dari mulut artis2 kita)?
Saya sendiri tidak berapa pasti…
Dan bilakah kali terakhir saya menonton sebuah filem tempatan yang sungguh memberi inspirasi?(ala2 Shawshank Redemption)
Bila?..bila?...rasanya tak pernah ada sekalipun!
Sedihnya!
=(
# saya hanya seorang pemuda yang bukan terlibat dalam dunia seni tanah air, sekadar mengambil tahu serta melontarkan pandangan mengenai apa yang berlaku di dalamnya berdasarkan ilmu yang tidak seberapa
# filem “Berandal” pun belum tengok lagi…=(