Sunday, June 12, 2011

SMS BODOH


Sms bodoh

Pernah x dengar istilah “sms bodoh” atau “sms sia2”?

Actually aku sendri pun belum pernah dengar istilah tu…

Istilah tu aku reka sendiri…;-p (kalau dah ada sebelum ni, aku minta maaf)

Istilah tu terhasil daripada pemerhatian serta pengalaman aku sendiri yang ada hp dan sering ber-sms-an dengan orang lain terutamanya kawan2 dan ada di antara sms aku tu rasanya sms yang x penting sangat pun malah sangat tidak diperlukan…

Aku tidak merujuk sms kawan2 aku @ orang lain kepada aku tetapi merujuk sms yang aku sendiri hantar kepada mereka yang boleh aku definisikan sebagai “sms sia2” or “sms bodoh”

Rasa2nya dan seingat aku belum ada lagi sms-sms yang boleh aku katakan sia2 yang dihantar oleh orang lain terutamanya kawan2 aku kepada aku sejak aku pulang dari Indonesia ni

“Sms sia2” boleh menyebabkan seseorang yang menerima sms tersebut merasa….well, apa yang aku boleh katakan kadang2 menyebabkan sakit hati or mau naik meradang/menyampah  bila sms tersebut dihantar ke kita lebih2 lagi pada waktu yang tidak kena/tepat…cthnya; ketika sibuk dengan kerja/tugasan, ada pulak sms yang masuk ke hp kita di mana setelah kita berusaha dan cuba untuk meluangkan waktu untuk melihat sms tersebut tetapi malangnya pada akhirnya kita mendapati sms tersebut sangat sia2…buang kredit jer kalau nak balas balik

Tak ada yang penting pun…

Buang masa…

Buang tenaga…

Buang kredit jer…

Dalam hati kita pun kadang2 mengata….(contoh2):

 “…sepatutnya hang dah tau waktu ni aku tengah kerja kalut kerja, banyak benda nak kena urus….yang hang pi hantaq sms macam ni buat apa?..buang masa aku ja nak reply sms hang ni..”…

“..aahh, malas aku nak layan..”

Actually, itulah yang aku fikirkan yang mungkin tengah difikirkan kawan2 aku setiap kali aku merasa aku menghantar sms yang aku anggap sia2 atau bodoh kepada mereka

Fikiran aku tentang sms2 aku yang dihantar kepada mereka aku akan anggap bodoh atau sia2 jika sms2 yang aku kirim tu setelah beberapa lama tidak berbalas

So, istilah “sms bodoh” atau “sms sia2” ni muncul beberapa lama setelah sms2 aku tidak dibalas oleh mereka
Waktu awal2 aku hantar sms tu, niat aku hanyalah untuk suka2 atau untuk mengisi kebosanan yang melanda diri sendiri, tak kisah la di pagi hari,tengah hari, petang atau malam…

Tapi setelah beberapa lama sms2 aku yang dihantar tu x berbalas, akumula terfikir apakah relevannya untuk aku mengirim sms tadi ke kawan aku, contohnya si A tadi? Rasa macam x penting pun…malah mungkin mengganggu kerja dia tengah buat waktu tu rasanya..

Lalu di situ aku mula timbul rasa bersalah dalam diri sendiri…rasa menyesal

Oklah, pas ni aku dah x nak hantar sms2 sia2 atau sms bodoh lagi…

Lagipun dengan tekad aku tu, boleh la save sikit kredit hp dan boleh guna untuk sms2 yang urgent ja

………………………

……………….

……………

……….


tapi tekad aku tu selalunya jarang bertahan lama…sebab x berapa lama kemudian aku selalu jugak “ter”kirim sms2 bodoh or sia2 ke kawan2 aku…=(

Ok, aku janji pas ni aku dah x mau kirim sms bodoh lagi dah….insyaAllah

Lebih2 lagi aku dah tulis artikel “sms bodoh” ni untuk blog aku..:-)…dan untuk aku jugak..hehe..;-p

Harap2 pasni dah xde lagi “sms bodoh “or “sms sia2” dari aku kepada kawan2 aku

I’m sorry buddy….i  promise I won’t do it again!

insyaAllah…




 # sms bodoh atau sia2 rasanya tidak berlaku untuk pasangan yang sedang berkasih @ ber”kapel” atau untuk pasangan suami isteri, kerana selalunya benda2 macam ni boleh mengeratkan hubungan serta kemesraan malah menunjukkan betapa seseorang itu kiranya selalu ambil berat terhadap si buah hatinya..,lebih2 lagi untuk pasangan yang sedang ber”kapel”
“…x lengkap rasanya hariku tanpa ada sms dariku untukmu, sayang…”..=p



p/s: aku sedang tidak berkapel apatah sedang berumahtangga….hanya cakap melalui pengalaman…hehe…

No comments:

Post a Comment